LFL gerun RMK12 mahu perkasa undang-undang drakonian
NGO Lawyers for Liberty terkejut apabila mendapat tahu bahawa kerajaan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) menyebut bahawa sejumlah undang-undang, termasuk undang-undang jenayah yang dianggap sebagai drakonian atau zalim akan dipinda untuk meningkatkan keselamatan dan keamanan masyarakat di negara ini.
Undang-undang tersebut merangkumi Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015, Kanun Keseksaan 1957, Akta Hasutan 1948 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Undang-undang ini secara konsisten terbukti menindas dan mempersendakan sistem keadilan negara; ia membenarkan tahanan tanpa perbicaraan, tidak memperdulikan keadilan dan menyekat kebebasan asasi sewenang-wenangnya yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru, LFL terkejut dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan undang-undang ini atas alasan untuk meningkatkan keselamatan dan keamanan masyarakat awam," kata penyelaras LFL, Zaid Malek dalam satu kenyataan hari ini.
Undang-undang yang pada dasarnya tidak dapat diperbaiki, harus segera dibatalkan,” katanya.
"Undang-undang ini sendiri adalah memudaratkan keselamatan rakyat kerana membenarkan tangkapan serta pendakwaan secara tidak adil.
"Sekiranya tujuan RMK12 adalah benar-benar untuk membina masyarakat yang lebih bertoleransi dan menaruh kepercayaan yang lebih tinggi terhadap institusi kita, maka kerajaan mesti menghapuskan undang-undang yang melanggar perlindungan kebebasan asasi,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai