Projek naik taraf Seri Perdana bukan RM30 juta, kata menteri
Perbelanjaan sebenar yang digunakan untuk mengubah suai kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, bukanlah sebanyak RM30 juta seperti yang dilaporkan Bernama semalam.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdul Latiff Ahmad, kos sebenar bagi projek berkenaan ialah sebanyak RM38.5 juta.
Kata menteri yang bertanggungjawab bagi portfolio tugas-tugas khas tersebut, bangunan berusia 22 tahun itu sangat memerlukan kerja baik pulih kerana berlaku banyak kerosakan.
Antaranya kata ahli parlimen Mersing itu termasuklah untuk kerja-kerja penggantian pendawaian elektrik dan kebocoran pada bumbungnya.
"Projek ini diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja (membaik pulih) bermula pada 29 Mac. Ia dijangka siap pada 7 Dis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Latiff berkata begitu bagi menjelaskan isu membaik pulih Kompleks Seri Perdana yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.
Dalam soalan lisannya Mahfuz bertanya mengenai status projek menaik taraf Kompeks Seri Perdana.
Setakat hari ini kata Abdul Latiff kerja-kerja membaik pulih itu sudah mencapai tahap siap sebanyak 74 peratus.
Berdasarkan perkembangan itu juga, menurut Abdul Latiff, projek tersebut dijalankan lebih cepat berbanding jadual yang ditetapkan kerana mengikut pelan asal setakat hari ini ia dijangka siap sebanyak 71 peratus.
Berdasarkan penjelasan ahli parlimen Bersatu itu kerja-kerja membaik pulih tersebut diluluskan lima bulan sebelum Ismail Sabri Yaakob dilantik ke jawatan perdana menteri.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai