Polis Kelantan pula panggil Fahmi Reza
Aktivis Fahmi Reza sekali lagi dipanggil pihak polis, dan kali ini giliran Kelantan pula menyiasatnya berhubung satu hantaran karikatur yang didakwa menghina bendera Malaysia.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Dauh ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Katanya laporan mengenai hantaran Fahmi itu diterima polis pada 20 Feb lalu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1953 Pindaan 2016 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Ia berkait satu hantaran karikatur mengenai Jalur Gemilang yang mengikut pengadu karikatur berkenaan mempunyai unsur-unsur menghina," katanya.
Terdahulu, Fahmi dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini memaklumkan dia dihubungi pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
"Macam biasa aku dipanggil ke balai polis untuk disoal siasat esok. Ini kali kelapan aku disiasat polis bawah #AktaSakitHati kerana grafik satira aku tahun ni.
"Tahun ini saja aku dah pergi balai jumpa polis lebih banyak kali daripada jumpa family aku. Kita jumpa esok PDRM," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai