Skip to main
Logo Malaysiakini

Jangkitan semakin menurun, 11,889 kes baru

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 11,889 kes Covid-19 baru setakat jam 12 tengah hari tadi hari ini, berbanding 12,735 kes semalam, dan 12,434 kes pada Rabu lalu. Ini menjadikan jangkitan kumulatif kepada 2,257,584.

Hanya tiga negeri - Sarawak, Selangor dan Johor - melaporkan kes baru dalam empat angka.

Semenanjung merangkumi 8,602 kes baru atau 72.4 peratus manakala Sabah dan Sarawak pula mencatatkan 3,287 jangkitan baru atau 27.6 peratus.

Lembah Klang menyumbang 1,893 kes atau 22.0 peratus jangkitan baru dengan Selangor mencatatkan 1,568 atau kira-kira 82 peratus kes berkenaan. Sementara 6,709 kes atau 78.pula adalah negeri-negeri lain di semenanjung.

Berikut jumlah jangkitan di setia negeri dan wilayah:

  • Sarawak (2,413)
  • Selangor (1,568)
  • Johor (1,217) - terendah dalam 55 hari - sejak 7 Ogos
  • Perak (959)
  • Sabah (872)
  • Kelantan (858)  - terendah dalam 57 hari - sejak 5 Ogos
  • Pahang (831) - tertinggi dalam 8 hari - sejak 23 Sep
  • Pulau Pinang (779)
  • Kedah (710)
  • Terengganu (699)
  • Melaka (378) - tertinggi dalam 7 hari - sejak 24 Sep
  • Kuala Lumpur (289)
  • Negeri Sembilan (197) - tertinggi dalam 14 hari - sejak 17 Sep
  • Perlis (81)
  • Putrajaya (36)
  • Labuan (2)

Sementara itu, penggunaan katil Covid-19 setakat 11.59 malam tadi ialah 66.6 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 69.9 peratus katil bukan ICU.