Bersatu Putrajaya tak terjejas walau bekas ketua sertai Umno
Tindakan bekas ketua Bersatu Putrajaya Dr Erwan Mohd Tahir memohon untuk kembali menyertai Umno tidak akan menjejaskan bahagian itu, kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.
Hamzah berkata akar umbi dan kepimpinan Bersatu Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan susulan tindakan Erwan, jawatan ketua bahagian itu kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bahagian Fathul Azam Hashim.
“Tindakan bekas Ketua Bersatu Putrajaya memohon untuk kembali menyertai Umno tidak menjejaskan Bersatu Putrajaya kerana beliau telah pun meletakkan jawatannya pada 10 Okt tahun lepas setelah tewas dalam pemilihan parti bagi jawatan naib presiden,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media memetik Erwan sebagai berkata dia keluar dari Bersatu dan kembali menyertai Umno berkuat kuasa serta-merta.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai