Skip to main
Logo Malaysiakini

9,066 kes - paling rendah sejak 12 Julai

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak  9,066 kes Covid-19 baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan setakat ini sebanyak 2,277,565.

Jangkitan baru hari ini adalah yang paling rendah dalam tempoh 83 hari, sejak 12 Julai lalu.

Malaysia Barat merangkumi 6,881 kes baru atau 75.9 peratus manakala Malaysia Timur menyumbang 2,185 kes atau 24.1 peratus.

Sarawak merekodkan 1,418 kes, manakala Selangor mencatatkan 1,000 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 201 kes.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh merekodkan sejumlah 14,454 kes, jauh melebihi kes baru.

Daripada jumlah kes baru yang dilapor, sebanyak 8,907 kes (98.2 peratus) terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala baki 1.8 peratus atau 159 kes merupakan kategori 3, 4 dan 5.

Sebanyak 815 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 355 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata enam lagi kluster dikesan hari ini menjadikan sejumlah 1,008 kluster masih aktif di negara ini, yang melibatkan tiga kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 1,000 (681,616)
  • Sarawak - 1,418 (215,576)
  • Sabah - 767 (200,396)
  • Johor - 981 (199,167)
  • WPKL - 201 (186,721)
  • Kedah - 670 (136,789)
  • Pulau Pinang - 620 (132,376)
  • Kelantan - 796 (118,250)
  • Perak - 669 (104,719)
  • Negeri Sembilan - 191 (97,843)
  • Pahang - 630 (66,682)
  • Melaka - 206 (59,145)
  • Terengganu - 827 (57,989)
  • WP Labuan - 0 (9,969)
  • WP Putrajaya - 24 (6,230)
  • Perlis - 66 (4,097)