8,075 kes baru, terendah dalam tempoh hampir 3 bulan
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 8,075 kes Covid-19 baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan setakat ini sebanyak 2,285,640 kes.
Jangkitan baru hari ini adalah yang paling rendah dalam tempoh 87 hari, iaitu sejak 7 Julai lalu.
Malaysia Barat merangkumi 6,207 kes baru atau 76.9 peratus manakala Malaysia Timur dengan 1,868 kes atau 23.1 peratus.
Dua negeri mencatatkan kes baru lebih seribu iaitu Sarawak (1,189) dan Kelantan (1,020).
Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:
- Sarawak - 1,189
- Kelantan - 1,020
- Pulau Pinang - 853
- Johor - 781
- Selangor - 686
- Sabah - 677
- Terengganu - 636
- Kedah - 628
- Perak - 548
- Pahang - 522
- Melaka - 219
- Kuala Lumpur - 151
- Negeri Sembilan - 108
- Perlis - 36
- Putrajaya - 19
- Labuan - 2
[Berita lanjut menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai