Kos selenggara banduan hampir RM5 bilion dalam masa 5 tahun - Hamzah
PARLIMEN | Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memaklumkan kos keseluruhan menyelenggara banduan di penjara adalah sebanyak RM4.95 bilion untuk tempoh lima tahun dari 2016 ke 2020.
"Bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2020 terdapat seramai 317,674 orang banduan ditahan di seluruh institusi penjara Malaysia yang melakukan pelbagai kesalahan.
"Kos keseluruhan bagi tujuan penyelenggaraan seorang banduan di penjara adalah sebanyak RM50.
"Ia melibatkan kos bagi tujuan penyediaan peralatan, kemudahan, perubatan, makanan, kawalan, pengiringan, emolumen kakitangan dan lain-lain," katanya.
Bagaimanapun, tidak jelas kos RM50 untuk seorang banduan itu peruntukan harian, bulanan atau purata keseluruhan.
Hamzah menjawab soalan Ahli Parlimen Taiping Teh Kok Lim mengenai kos tahunan menanggung banduan dan rancangan kerajaan mengurangkan bebanan tersebut.
"Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia telah dan sentiasa memperbanyakkan inisiatif yang selaras dengan halatuju Jabatan Penjara iaitu dua pertiga banduan sabitan yang layak, akan menjalani pemulihan di luar tembok penjara.
"Melalui pelaksanaan dan pengembangan Pemulihan Dalam Komuniti, ia akan membantu proses koreksional banduan di dalam komuniti dan pada masa yang sama mengurangkan bebanan perbelanjaan tahunan kerajaan," jelas menteri lagi.
Untuk mengurangkan tanggungan, Hamzah berkata kerajaan mempergiat Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Program reintegrasi Penghuni.
"Yang mana kini melibatan seramai 56,146 orang yang telah dan sedang menjalani pemulihan di luar penjara atau dipanggil sebagai Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), di mana jumlah semasa PDK bagi tahun 2021 seramai 3,515 orang," katanya.
Menurut menteri dalam negeri kerajaan juga melaksanakan Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) berasaskan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
"Melalui pelepasan secara lesen tersebut, banduan yang memenuhi syarat pemilihan boleh mengikuti antaranya program latihan pkerjaan yang mana tawaran telah diterima dari sktor perkilangan, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian.
"Lembaga Pembebasan Banduan Secara Lesen yang ditubuhkan terdiri daripada beberapa pihak luar daripada Jabatan Penjara Malaysia yang telah bersidang setiap bulan dan mulai bulan Oktober 2020 sehingga Julai 2021 seramai 2,867 orang banduan telah dipilih untukmengikuti program ini.
"Pada ketika ini terdapat sekitar 11,000 banduan yang telah dihukum dengan hukuman kurang dari setahun," jelasnya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai