Fahmi Reza ditahan lagi, kali ini kerana poster satira 'Keluarga Malaysia'
Pereka grafik Fahmi Reza ditahan polis sekali lagi, kali ini berhubung poster satira 'Keluarga Malaysia' dan karikatur Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
'Keluarga Malaysia' merujuk kepada konsep yang diperkenalkan oleh Ismail Sabri sebelum ini.
"Aku kena tangkap polis selepas disoal siasat untuk kes poster satira #Keluarga Malaysia dengan lukisan karikatur PM Ismail Sabri.
"Ditahan di IPD Wangsa Maju," katanya di Twitter.
Fahmi sebelum ini memuat naik poster satira berkenaan di Twitter.
Dia disoalsiasat polis pada jam 2.30 petang hari ini dan kemudian dibebaskan sekitar jam 4 petang tadi.
Fahmi dibebaskan dengan jaminan polis sekitar jam 6.30 petang.
"Selepas ditahan sejak pukul 4 petang tadi, polis rampas phone aku, ambil cap jari dan ambil gambar aku macam penjenayah.
"Mereka nak ambil DNA tapi aku tak bagi. Kemudian polis buat keputusan untuk bebaskan aku dengan jaminan polis.
"Tak perlu tidur lokap malam ni," katanya dalam kemas kini lain di Twitter.
Ketika dihubungi, peguam Fahmi, Rajsurian Pillai berkata Fahmi disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai