Skip to main
Logo Malaysiakini

8,817 kes baru, 3 negeri masih empat angka

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 8,817 kes Covid-19 baru, menjadikan jangkitan kumulatif kini 2,294,457.

Negeri di Semenanjung menyumbang 6,648 kes baru atau 75.4 peratus sementara negeri di Borneo (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) menyumbang 2,169 daripada jangkitan baru atau 24.6 peratus.

Di Semenanjung Malaysia, Lembah Klang menyumbang 1,588 atau 23.9 peratus jangkitan baru sementara selebihnya 5,060 kes atau 76.1 peratus berasal dari negeri-negeri lain di Semenanjung.

Sarawak menyumbang kes harian tertinggi dengan 1,361 jangkitan baru.

Pulau Pinang, Perak dan Terengganu mencatat jangkitan baru terendah dalam tempoh lebih dua bulan.

Maklumat kes aktif dan kematian yang dilaporkan hari ini hanya akan dikongsi KKM selepas tengah malam.

Sebanyak 15,615 pesakit Covid-19 yang pulih hari ini, sekali gus dijangka mengurangkan jumlah kes aktif.

Pesakit di ICU: 851 (815 disahkan; 36 disyaki)
Memerlukan bantuan pernafasan: 395

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 13.6 peratus lebih rendah berbanding seminggu yang lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga menurun sebanyak 29.8 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Kes baru berdasarkan negeri:
Sarawak (1,361)
Selangor (1,348)
Kelantan (1,063)
Johor (886)
Sabah (805)
Pahang (696)
Pulau Pinang (595)
Kedah (576)
Perak (473)
Terengganu (356)
Melaka (246)
Kuala Lumpur (217)
Negeri Sembilan (122)
Perlis (47)
Putrajaya (23)
Labuan (3)

Kluster

Setakat ini, 956 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 14 kluster baru yang dilaporkan hari ini. Secara keseluruhan, kluster aktif menyumbang 619 (7.0 peratus) kes baru hari ini.

Kluster yang berterusan telah menurun sebanyak 16.9 peratus daripada 1,151 kluster aktif seminggu yang lalu.

Sebanyak 14 kluster baru dilaporkan hari ini terdiri daripada 10 kluster tempat kerja (71.4 peratus), dua kluster komuniti (14.3 peratus), satu kluster kumpulan berisiko tinggi (7.1 peratus) dan satu melibatkan institusi pendidikan swasta (7.1 peratus).