Skip to main
Logo Malaysiakini

JKKP Selangor siasat kematian pekerja Top Glove

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor sedang menyiasat kematian lelaki Nepal yang menjadi pekerja syarikat Top Glove di negeri itu.

"Kami sudah memulakan siasatan dan kenyataan media mengenainya akan diekluarkan sebaik saja penyelidikan awal dilakukan," kata Pengarah JKKP Selangor Bahrudin Mamat kepada Malaysiakini.

Tambah Bahrudin kenyataan tersebut sedang disiapkan dan menunggu kelulusan sebelum dikeluarkan.

Menurutnya lagi JKKP Selangor juga tidak menerima laporan mengenai tiga kematian didakwa membabitkan pekerja Top Glove sebelum ini, termasuk yang terbaru membabitkan rakyat Nepal itu yang berlaku pada 3 Okt lalu.

Semalam Malaysiakini memetik kenyataan aktivis hak asasi buruh migran, Andy Hall, melaporkan melaporkan lelaki Nepal terbabit - yang bekerja di satu daripada kilang Top Glove di Klang, Selangor - didakwa meninggal dunia semasa bekerja.

Ia merupakan kematian ketiga membabitkan syarikat berkenaan dalam tempoh tiga bulan. Dua kematian terdahulu berlaku pada 25 Ogos dan 8 Sept.

Difahamkan, pekerja Nepal itu bertugas di kawasan dikenali sebagai "kawasan kompaun F19".

Satu rakaman video berdurasi 20 saat yang dipercayai diambil di tempat kejadian menunjukkan seorang lelaki berseragam biru dan kuning tidak berbutang terbaring di atas objek yang kelihatan seperti sebuah mesin besar.

Kematian di Taman Puspa itu disahkan oleh pengurusan Top Glove dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao Samachulu berkata satu laporan polis sudah dibuat berkenaan kejadian tersebut.

[Baca berita penuh]