88.4 populasi dewasa sudah divaksinasi sepenuhnya
Tinggal kurang daripada dua peratus sahaja lagi bagi Malaysia mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa melengkapkan vaksinasi Covid-19.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow, 88.4 peratus atau 20,698,852 golongan dewasa, telah melengkapkan vaksinasi masing-masing setakat semalam.
Setakat semalam juga, sebanyak 120,402 atau 3.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.
Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 224,034 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 122,153 dos pertama dan 101,881 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,797,925 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
Sementara itu, 117 kes kematian harian akibat Covid9 dilaporkan semalam dengan 16 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,876.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai