Lima direman bantu siasatan kes bunuh warga Kemboja
Seorang warga tempatan dan empat warga Kemboja direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, hari ini bagi membantu siasatan kes pukul hingga mati membabitkan seorang lelaki warga Kemboja.
Suspek yang berusia antara 29 hingga 48 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan lima suspek itu termasuk seorang wanita warga kemboja.
Katanya, kelima-lima suspek itu ditahan semalam di sekitar Kota Bharu.
"Tahanan reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu media melaporkan, seorang buruh binaan warga Kemboja dipukul hingga mati oleh rakan senegaranya kerana salah faham mengenai bayaran upah membaiki tandas dalam kejadian Ahad lalu.
Mangsa, Sovann Arozak, 40, cedera di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul kejadian pada 10.45 malam di Kampung Penambang dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 11 pagi kelmarin.
Seorang suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di Kampung Bukit Marak pada 11.20 pagi semalam dan susulan itu empat lagi suspek.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai