Skip to main
Logo Malaysiakini

105 kematian, jumlah keseluruhan 26,981 korban

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melalui Github melaporkan sejumlah 105 kematian Covid-19 semalam (6 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul menjadi 26.981.

Ini pengurangan daripada jumlah 117 kematian semalam.

Kelmarin, 76 kematian dilaporkan, menjadi angka paling rendah dalam 92 hari.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 24.8 peratus atau 26 meninggal sebelum sempat menerima rawatan di hospital.

Setakat semalam, terdapat 132,175 kes Covid-19 yang aktif. Ini pengurangan 22.9 peratus daripada 169,718 kes Covid-19 aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 47.6 peratus daripada 252,002 kes.

Kementerian Kesihatan melaporkan 9,380 kes baru semalam.

Sehingga kini, 932 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 11 kluster baru yang dilaporkan semalam.

Kluster aktif telah menurun sebanyak 15.4 peratus daripada 1,088 kluster aktif seminggu lalu.

11 kluster baru semalam merangkumi lima kluster tempat kerja (45.5 peratus), lima kluster komunitit (45.5 peratus) dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi (9.1 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada waktu petang. Ini telah berubah.

Statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada waktu pagi.