Skip to main
Logo Malaysiakini

Pendakwaan asak Rosmah isu gelaran 'wanita pertama'

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Rosmah Mansor memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu sama ada ibu mentuanya pernah digelar sebagai wanita pertama Malaysia.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu memberikan jawapan berkenaan semasa perbicaraan rasuahnya hari ini berhubung projek tenaga hibrid suria bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Semasa pemeriksaan balas di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram menyoal siasat tertuduh mengenai apakah isteri-isteri perdana menteri sebelum Najib dikenali sebagai wanita pertama Malaysia.

Dalam prosiding perbicaraan sebelumnya di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan, mahkamah diberitahu bahawa semasa Najib menjadi perdana menteri, bahagian wanita pertama Malaysia (Flom) telah ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri.

Mahkamah sebelum ini dimaklumkan bahawa antara tugas lain, bahagian ini perlu merancang dan menyelaraskan fungsi rasmi yang perlu dihadiri oleh Rosmah.

Gopal Sri Ram 

Sri Ram hari ini mempersoalkan Rosmah apakah Rahah Noah, isteri perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein, pernah dikenali sebagai Wanita Pertama Malaysia.

Razak dan Rahah adalah ibu bapa Najib, juga ibu bapa mentua Rosmah.

"Saya tidak tahu. Saya belum berkahwin dengan Najib (ketika itu), ” kata Rosmah.

Ketika ditanya oleh Sri Ram adakah isteri perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad iaitu, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pernah dikenali sebagai wanita pertama Malaysia, Rosmah menjawab bahawa dia juga tidak tahu.

Sri Ram: Adakah anda bersetuju bahawa Flom adalah gelaran untuk anda sendiri?

Rosmah: Tidak.

Sri Ram: Anda memberi gelaran kepada diri sendiri?

Rosmah: Tidak. Tidak ada yang memberi saya gelaran itu. Itu hanya untuk tujuan pentadbiran.

Rosmah berkata, sebagai isteri Najib ketika itu, dia sibuk dengan banyak fungsi rasmi di Malaysia membabitkan program kebajikan seperti Permata Negara dan juga aktiviti luar negara seperti menyampaikan ucaptama pada majlis antarabangsa.

Tun Rahah

Rosmah, 70, menghadapi tiga tuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Dalam pertuduhan pertama, dia dituduh meminta suapan RM187.5 juta dari Jepak Holdings Sdn Bhd untuk membantu mendapatkan projek Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak menggunakan gabungan tenaga solar dan diesel.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh masing-masing menerima suapan RM1.5 juta dan RM5 juta sebagai ganjaran untuk mendapatkan projek tersebut.

Pada 18 Februari tahun ini, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah untuk membela diri, setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuat kes prima facie terhadapnya.

Hari ini adalah hari ketiga perbicaraan peringkat pembelaan.

[Baca berita asal]