Skip to main
Logo Malaysiakini

Jumlah kematian Covid-19 lepasi 27,000 korban

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melalui laman Github melaporkan sejumlah 132 kematian Covid-19 semalam (7 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul 27,113 orang.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 19.7 peratus atau 26 meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan 33 korban, menjadikan 25.0 peratus kematian yang baru dilaporkan.

Ini diikuti Sarawak (19), Johor (15), Sabah (15), Perak (14), Selangor (13), Kelantan (6), Terengganu (6), Pahang (4), Kedah (3), Perlis (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Purata 277 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding dengan purata tujuh hari sebanyak 111 kes, yang menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 129,049 kes Covid-19 yang aktif. Ini pengurangan 21.6 peratus daripada 164,536 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding dengan 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 48.8 peratus daripada 252,005 kes.

Kemas kini Kementerian Kesihatan selepas tengah malam juga memberikan gambaran lebih lanjut mengenai jangkitan Covid-19 baru semalam.

Daripada 9,890 kes baru semalam, sejumlah 2,672 daripadanya dapat dikesan melalui kluster Covid-19 yang sedang berlangsung.

Mengenai kes berkaitan kluster, sebanyak 2,135 (79.9 peratus) berasal dari tempat kerja manakala 359 (13.4 peratus) berasal dari penularan komuniti.

80 lagi kes (3.0 peratus) berasal dari kluster berkait dengan pusat tahanan.

Kes-kes selebihnya dikesan pada kluster berkaitan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah penjagaan warga emas (73 - 2.7 peratus), institusi pendidikan (13 - 0.5 peratus) dan acara keagamaan (12 - 0.4 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada waktu petang. Ini telah berubah.

Statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada waktu pagi.

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/09/6e2b46bfa93db43e126d6f5ad9833dee.png