Shahidan minta hantar SMS, lepas terima ratusan panggilan
Setelah berkongsi nombor telefonnya di parlimen semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata dia menerima ratusan panggilan telefon sehingga tidak sempat melayan kesemua panggilan yang masuk.
Jika semalam Shahidan meminta penduduk Kuala Lumpur menghubungi nombor telefonnya untuk melaporkan berkenaan jalan berlubang, hari ini, oleh kerana panggilan telefon yang terlalu banyak, dia meminta mereka hanya menghantar pesanan teks sahaja kepadanya.
“Saya terima beratus panggilan berhubung jalan berlubang dan saya tidak sempat mengangkat panggilan satu per satu.
“Saya meminta untuk mereka menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan saya akan mengambil tindakan serta merta,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.
Semalam, Shahidan berjanji laporan jalan rosak yang diterima akan diambil tindakan dalam masa 24 jam.
“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa datang berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam," katanya.
Dia turut berkongsi nombor telefon timbalannya Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah.
Nombor telefon yang telah disahkan oleh Malaysiakini itu adalah seperti berikut:
- Shahidan: 0194545111
- Jalaluddin: 0196524444
- Mahadi: 0162068883
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai