Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Dwistandard jika tak siasat sama kes Beng Hock, Altantuya’

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Tanpa menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya Shaariibuu, kerajaan akan dilihat mengamalkan dwistandard, kata Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

Lim berkata demikian ketika mengulas pembentukan jawatankuasa khas bagi menyiasat kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan di sebuah kuil di Selangor yang mendapat perhatian meluas.

Anggota-anggota parlimen DAP mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes Adib tetapi turut mahukan kes Teoh dan Altantuya disiasat sama.

Kabinet kelmarin turut bersetuju menyiasat tuduhan bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya dan pertikaian mengenai kes Pulau Batu Puteh.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, mesyuarat kabinet akan datang perlu meluaskan terma rujukan pasukan untuk menyiasat kematian Teoh di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Selangor pada 2009 dan kematian Altantuya pada tahun 2005.

“Kita tidak boleh biarkan sesiapa pun mempunyai sebarang keraguan mengenai nilai nyawa manusia di Malaysia,” katanya.