Covidnow: Lebih 21 juta individu dewasa lengkap divaksin
Sebanyak 21,073,482 atau 90 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (10 Okt), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan data menerusi portal Covidnow itu juga, 94.8 peratus atau 22,185,520 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Setakat semalam juga sebanyak 231,174 atau 7.4 peratus individu golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 72.2 peratus atau 2,271,858 individu golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 129,518 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 97,586 suntikan dos lengkap dan 31,932 menerima suntikan dos pertama menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 45,650,714.
Sementara itu, tiada kes kematian harian direkodkan akibat Covid-19 semalam.
Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri bermula hari ini bagi individu lengkap vaksin susulan nilai sasaran kadar vaksinasi bagi golongan dewasa dalam negara kini sudah mencapai 90 peratus.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai