Kenderaan masuki Kelantan meningkat 20 peratus
Jumlah kenderaan memasuki Kelantan meningkat 20 peratus pada hari pertama kebenaran rentas negeri yang bermula hari ini.
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata banyak kenderaan dilihat memasuki negeri itu menerusi sempadan negeri yang terletak di Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) Bukit Yong, di Pasir Puteh petang ini Shafien berkata 16 SJR ditutup di seluruh Kelantan sejak malam tadi.
Namun katanya empat SJR iaitu dua di Gua Musang serta masing-masing satu di Jeli dan Pasir Puteh dikekalkan untuk penugasan mencegah penyeludupan dan aktiviti jenayah melalui Op Benteng.
Sementara itu Shafien berkata polis Kelantan menubuhkan 154 pasukan pemantau yang dianggotai 540 anggota pelbagai pangkat bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard ketika berada di tempat awam.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai