Skip to main
Logo Malaysiakini

93 lagi kematian, jumlah keseluruhan 27,422

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 93 kematian akibat6 Covid-19 semalam (11 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul kepada 27,422 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17.2 peratus atau 16 orang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital.

Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 26 kes, diikuti Sarawak (14), Johor (8), Kuala Lumpur (7), Sabah (6), Kedah (5), Kelantan (5), Pahang (5), Melaka (4), Perak (4) , Selangor (4), Negeri Sembilan (2), Perlis (2) dan Terengganu (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 80 daripada 93 kematian yang dilaporkan atau bersamaan 86.0 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 233 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari iaitu sebanyak 95 kes, yang menunjukkan trend penurunan.

Sehingga kini, 1,214 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 112,379 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 21.3 peratus daripada 142,861 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 53.0 peratus daripada 239,352 kes.

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi memperincikan kes jangkitan Covid-19 baru semalam, termasuk pecahan kes mengikut negeri.

Sarawak (1037)

Kelantan (938)

Johor (777)

Selangor (671)

Sabah (532)

Terengganu (480)

Pulau Pinang (441)

Pahang (426)

Perak (414)

Kedah (357)

Kuala Lumpur (220)

Melaka (188)

Negeri Sembilan (163)

Putrajaya (36)

Perlis (29)

Labuan (0)

Daripada 6,709 kes baru semalam, sebanyak 282 kes dikesan daripada kluster Covid-19.

Daripada kes berkaitan kluster, 137 kes adalah dari kluster komuniti manakala 105 kes (37.2 peratus) adalah kluster tempat kerja.

Sebanyak 28 kes adalah dari kluster berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.

Kes-kes selebihnya daripada kluster yang berkaitan dengan institusi pendidikan (7 - 2.5 peratus) dan upacara keagamaan (5 - 1.8 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian akibat Covid-19 bersama dengan jumlah kes baru pada sebelah petang. Bagaimanapun kaedah ini telah diubah.

Statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.