Skip to main
Logo Malaysiakini

SPRM tahan bekas penyelaras DUN di Melaka, reman 6 hari

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seorang bekas penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) direman enam hari mulai hari ini, selepas disyaki membuat tuntutan palsu hampir RM100,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, lapor Melaka Hari Ini,

Memetik sumber SPRM, portal rasmi kerajaan negeri itu melaporkan, suspek 37 tahun dipercayai membuat tuntutan palsu dengan mengemukakan kertas kerja kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Melaka (PDTAG) berjumlah RM97,868, sedangkan program tidak dilaksanakan.

Jurucakap SPRM berkata, suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka pada jam enam petang semalam bagi membantu siasatan.

Jelasnya, suspek yang juga bekas pegawai kanan di sebuah badan berkanun kerajaan negeri membuat tuntutan yang dipercayai mempunyai butir matan palsu kepada PDTAG.

Kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh didenda lima kali nilai butir matan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara tidak lebih 20 tahun.