Khairy: K’jaan akan susahkan hidup golongan tolak vaksin Covid-19
Kerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.
“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.
“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya lapor Utusan Malaysia hari ini.
Walaupun kerajaan belum mewajibkan vaksinasi Covid-19 secara menyeluruh, tetapi ia telah diwajibkan oleh sektor-sektor tertentu.
Ini termasuklah kakitangan perkhidmatan awam di mana mereka yang menolak tanpa sebarang faktor perubatan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Bagaimanapun, mereka yang tidak mendapatkan vaksin Covid-19 atas alasan perubatan yang sah, akan dikeluarkan sijil pengecualian.
Pada masa sama, Khairy menegaskan KKM kemungkinan akan mewajibkan mereka yang menolak atau melengahkan penerimaan vaksin untuk menjalani ujian calit Covid-19 secara mingguan.
Katanya, kos tersebut tidak akan ditanggung oleh kerajaan.
Dia berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarction Course (NAMIC) 2021 di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Tambahnya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam juga telah mengeluarkan pekeliling pada November nanti, supaya penjawat awam diwajibkan vaksin.
“Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai