Fokus k'jaan pada satu SOP am, sembilan garis panduan
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada satu prosedur operasi standard (SOP) am bagi Covid-19 yang boleh berkuat kuasa melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta sembilan garis panduan.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata SOP am itu adalah berkaitan langkah tetap bagi mengawal penularan seperti memakai pelitup muka, panduan pengudaraan, daftar masuk MySejahtera dan syarat lengkap vaksin.
Beliau berkata sembilan garis panduan pula merangkumi aktiviti dalam pelbagai sektor.
“Garis panduan ini tidak boleh dikuatkuasakan tetapi menjadi tanggungjawab rakyat untuk memahami dan mengamalkannya dengan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media khas di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai