Skip to main
Logo Malaysiakini

5,745 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,745 kes baru Covid-19 dengan kes kumulatif kini berjumlah 2,401,866.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri pada semalam (Okt 18) di mana 5,434 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (800)

Johor (698)

Sarawak (694)

Kelantan (643)

Sabah (497)

Perak (363)

Kedah (324)

Terengganu (311)

Pahang (253)

Pulau Pinang (232)

Kuala Lumpur (223)

Melaka (211)

Negeri Sembilan (151)

Perlis (18)

Putrajaya (14)

Labuan (2)

Kluster

Setakat ini, 634 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk lapan kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Kluster yang sedang berlangsung telah menurun sebanyak 19.0 peratus daripada 783 kluster aktif seminggu yang lalu.

Lapan kluster baru hari ini terdiri daripada tujuh kluster tempat kerja (87.5 peratus) dan satu kluster institusi pendidikan (12.5 peratus).