Skip to main
Logo Malaysiakini

6,630 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,630 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,420,222.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 11.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di dan Sarawak (+14.8 peratus).

Sejak 9 Okt lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (21 Okt) yang merekodkan 6,210 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,027)
  • Sarawak (725)
  • Sabah (651)
  • Johor (595)
  • Kelantan (540)
  • Terengganu (485)
  • Perak (384)
  • Pulau Pinang (381)
  • Kuala Lumpur (343)
  • Kedah (319)
  • Pahang (294)
  • Melaka (235)
  • Negeri Sembilan (167)
  • Perlis (33)
  • Putrajaya (29)
  • Labuan (2)