Kerajaan tangguh RUU berkaitan MA63
Kerajaan menangguhkan rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan penting yang akan mentakrifkan semula makna persekutuan.
RUU tersebut, yang dikemukakan oleh menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan dipercayai disokong secara meluas oleh ahli parlimen Sabah dan Sarawak, tidak tertera dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat yang diterbitkan hari ini.
Ketika dihubungi, Wan Junaidi memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet telah memutuskan untuk mendapatkan lebih banyak penjelasan daripada peguam negara mengenai RUU tersebut.
Wan Junaidi juga menolak untuk menyatakan tarikh RUU itu akan dibentangkan.
Pada asalnya, Wan Junaidi telah merancang untuk membentangkan RUU tersebut pada 26 Oktober. Kabinet terakhir bermesyuarat pada 20 Oktober. Dewan Rakyat akan bersidang pada 25 Oktober dan Belanjawan 2022 akan dibentangkan pada 29 Oktober.
Wan Junaidi telah memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai RUU itu awal bulan ini. Difahamkan, RUU tersebut, antara lain, akan berusaha. meminda Perkara 160 (2).
Perkara 160 (2) adalah daftar istilah dari beberapa ungkapan yang digunakan dalam Perlembagaan. Salah satu ungkapan tersebut adalah "persekutuan", yang ditakrifkan sebagai "persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957".
Definisi baru yang dikemukakan oleh Wan Junaidi berbunyi seperti berikut:
Salah satu ungkapan tersebut adalah "Persekutuan" ("The Federation"), yang pada masa ini ditakrifkan sebagai "bermaksud Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957" ("means the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957").
Definisi baru yang dikemukakan oleh Wan Junaidi dalam bahasa Inggeris seperti berikut: "'The Federation' means the Federation that was first established under the Federation of Malaya Agreement 1957 and further pursuant to an Agreement concluded on the 9th day of July, 1963 between the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, the Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore, the Federation is called Malaysia with Colonies of North Borneo and Sarawak and the State of Singapore federated with the existing States of the Federation of Malaya as the States of Sabah, Sarawak and Singapore in accordance with the constitutional instruments annexed thereto but under and by virtue of the Agreement relating to the separation of Singapore from Malaysia as an independent and sovereign State dated 7th August 1965, Singapore has ceased to be a State of Malaysia."
("'Persekutuan' bermaksud Persekutuan yang pertama kali ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan seterusnya berdasarkan Perjanjian yang disepakati pada 9 Julai 1963 antara United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak serta Singapura, Persekutuan disebut Malaysia dengan Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Singapura bersekutu dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang ada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura sesuai dengan instrumen perlembagaan yang dilampirkan tetapi di bawah dan berdasarkan Perjanjian yang berkaitan dengan pemisahan Singapura dari Malaysia sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965, Singapura telah berhenti menjadi Negara Malaysia.")
Sekiranya diluluskan, ini akan menjadi kali pertama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diakui dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penangguhan RUU ini akan memberi kesan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang merupakan penyokong kuat RUU itu. GPS juga dianggotai oleh Wan Junaidi dan dijangka menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Aturan pertama mesyuarat bagi Dewan Rakyat adalah pemilihan timbalan speaker kedua. Kerusi itu dikosongkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Said Othman pada bulan Ogos.
Calon utama untuk timbalan speaker kedua di pihak kerajaan tidak jelas sementara blok Pakatan Harapan (PH) berhasrat mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, yang pernah menggalas tugas tersebut sebelum ini.
Agenda kedua adalah usul Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membatalkan tujuh ordinan darurat yang diumumkan awal tahun ini.
Walaupun darurat berakhir pada 1 Ogos, ordinan darurat - termasuk peraturan yang membolehkan kerajaan mendapatkan belanjawan tambahan tanpa melaluiParlimen - masih berkuat kuasan selama enam bulan lagi berdasarkan Perkara 150 (7) Perlembagaan Persekutuan.
Usul Ismail menyatakan bahawa pembatalan ordinan darurat adalah syarat perlembagaan di bawah Perkara 150 (3).
Ia bercanggah dengan pendirian bekas menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang berpendapat bahawa pembatalan ordinan darurat melalui Parlimen tidak perlu.
Takiyuddin telah mendapat teguran dari Istana Negara atas dakwaannya yang disifatkan mengelirukan Dewan Rakyat.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai