Warisan kecewa kerajaan tangguh RUU berkaitan MA63
Presiden Warisan Shafie Apdal berkata pihaknya kecewa selepas kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang pindaan perlembagaan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dia berkata penangguhan itu suatu kekecewaan berulang bagi rakyat Sabah dan Sarawak yang melihat pembentangan rang undang-undang serupa sebelum ini gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga di parlimen dua tahun lalu.
"(...) Perkara itu telah diteliti dengan teliti dan walaupun telah dibahas semasa perdana menteri empat perdana menteri terakhir Malaysia, ia masih belum dapat diselesaikan," kata Shafie pada satu kenyataan hari ini.
Presiden Warisan bagaimanapun berkata parti itu tetap memuji Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas iltizam dan usahanya untuk menyelesaikan isu tersebut.
Kata Shafie, menteri itu bekerja keras untuk memastikan semuanya berjalan lancar untuk pembentangan rang undang-undang di parlimen.
Namun, usaha tersebut akhirnya 'terbantut' apabila kabinet memutuskan untuk meminta penjelasan lebih lanjut daripada Peguam Negara (AG) Idrus Harun.
"Penting untuk menyokong MA63 kerana itu baik demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.
Sebelum ini, Wan Junaidi berkata rang undang-undang pindaan perlembagaan berkaitan dengan MA63 akan dibentangkan di parlimen pada 26 Oktober.
Pun begitu pada hari ini, menteri itu berkata rang undang-undang itu akan ditangguhkan sehingga Peguam Negara menjelaskan isu-isu tertentu.
RUU itu bertujuan untuk mengubah Fasal 2, Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan, yang akan memberikan autonomi yang lebih luas kepada pemerintah Sabah dan Sarawak.
Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Presiden PH berkata gabungan itu akan memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan itu untuk memperkukuhkan hak rakyat Sabah dan Sarawak.
"Kami berharap pindaan ini akan mempergiat usaha melaksanakan segala perkara yang termaktub di dalam MA63 demi menegakkan keadilan buat Sabah dan Sarawak," katanya pada satu kenyataan hari ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai