Skip to main
Logo Malaysiakini

6,377 kes baru Covid-19, purata kemasukan hospital menurun

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,377 kes baru Covid-19 berbanding 6,148 kes semalam. In menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,454,749.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu telah menurun sebanyak 17 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+82.6 peratus), Pahang (+33.2 peratus) dan Kedah (+22.9 peratus).

Sejak 9 Oktober, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (27 Oktober) dengan 6,148 kes dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,222)
  • Sarawak (780)
  • Kelantan (612)
  • Sabah (585)
  • Johor (555)
  • Kedah (496)
  • Pahang (365)
  • Pulau Pinang (325)
  • Terengganu (290)
  • Kuala Lumpur (273)
  • Perak (251)
  • Negeri Sembilan (176)
  • Melaka (156)
  • Perlis (42)
  • Putrajaya (14)
  • Labuan (6)