Skip to main
Logo Malaysiakini

K'jaan putuskan isu cadangan tapak PDF Lynas di Gebeng pada Nov

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba berkata kerajaan akan membuat keputusan mengenai cadangan rancangan Lynas untuk membina kemudahan pelupusan kekal (PDF) di Gebeng, Pahang, pada November.

Adham berkata kerajaan telah menerima laporan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) pada September dan memerlukan dua bulan untuk menyemaknya.

“Saya nak maklumkan pembinaan di kawasan perindustrian Gebeng... kawasan itu tidak pernah terlibat dengan banjir besar sejak 2014.

“Tapak cadangan juga telah dinaikkan lima meter dari paras laut dan paras laut di Gebeng juga selamat, jadi pembinaan PDF akan diteruskan.

"RIA dan EIA telah dikemukakan, penilaian sedang dilakukan sekarang dan keputusan akan dibuat pada November sama ada kami akan meluluskan pembinaan PDF atau tidak," kata Adham.

Adham menjawab soalan Fuziah Salleh (Pakatan Harapan-Kuantan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Fuziah telah mempersoalkan rasional memilih tapak tertentu di Gebeng untuk PDF kerana dia berkata kawasan itu mempunyai air bawah tanah yang kurang daripada satu meter dari permukaan, menimbulkan kebimbangan banjir.

Adham berkata berdasarkan semakan awal laporan RIA - yang telah ditugaskan kerana kebimbangan banjir - kawasan di mana tapak pembinaan PDF yang dicadangkan mempunyai risiko banjir yang rendah.

Sebelum ini dilaporkan bahawa tapak cadangan untuk PDF Lynas terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, iaitu 30 meter dari Loji Bahan Termaju Lynas (Lamp).

Laporan EIA, yang diterbitkan pada 12 Okt, menyatakan bahawa projek PDF tidak akan menimbulkan risiko banjir atau membawa kepada pencemaran air bawah tanah dan Sungai Baluk - sungai terdekat dengan tapak PDF - melainkan senario terburuk berlaku semasa pembinaan.

Orang ramai boleh melihat laporan EIA sehingga 10 Nov. Tarikh akhir untuk maklum balas ialah 25 Nov.


BACA BERKAITAN: