Skip to main
Logo Malaysiakini

MB Kedah, Zuhdi bertanding rebut jawatan naib presiden PAS

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki akan bertanding jawatan naib presiden PAS bagi sesi 2021-2023, menurut Harakahdaily.

Dua pemimpin PAS itu mencabar tiga penyandang jawatan sekarang iaitu Dr Ahmad Samsuri, Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah.

Untuk rekod Mohd Zuhdi juga merupakan Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Pada pemilihan lalu, Mohd Amar, Idris dan Ahmad menjadi naib presiden parti selepas salah seorang penyandang jawatan itu, Iskandar Abdul Samad tidak menjawab surat pengesahan pencalonannya bagi sesi 2019 hingga 2021.

Muktamar Tahunan PAS ke-67 akan diadakan pada 6 dan 7 November ini di Kuala Terengganu secara hibrid.

Kehadiran fizikal melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulamak dan Pesuruhjaya PAS Negerl/Wilayah Persekutuan sahaja.

Berikut senarai pertandingan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan PAS ke-67, November ini:

  1. Abdullah Husin
  2. Ahmad Fadhli Shaari
  3. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
  4. Ahmad Saad @ Yahaya
  5. Ahmad Samsuri Mokhtari
  6. Ahmad Yunus Hair
  7. Ali Akbar Gulasan
  8. Amzad Hashim
  9. Awang Hashim
  10. Azahar Yaakub @ Ariffin
  11. Azman Ibrahim
  12. Halimah Ali
  13. Iskandar Abdul Samad
  14. Kamaruzaman Mohamad
  15. Khairil Nizam Khirudin
  16. Khairuddin Aman Razali Attakiri
  17. Khairul Faizi Ahmad Kamil
  18. Mahfodz Mohamed
  19. Marzuk Shaari
  20. Misbahul Munir Masduki
  21. Mohamad Fadzli Hassan
  22. Mohd Mazri Yahya
  23. Mohd Nassuruddin Daud
  24. Mohd Shukri bin Ramli
  25. Mohd Yusni Mat Piah
  26. Mohd Zuhdi Marzuki
  27. Mokhtar Senik
  28. Muhammad Ismi Mat Taib
  29. Muhammad Khalil Abdul Hadi
  30. Muhammad Sanusi Md Nor
  31. Muhtar Suhaili
  32. Najihatussalehah Ahmad
  33. Nasrudin Hassan Tantawi
  34. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
  35. Razman Zakaria
  36. Riduan Mohd Nor
  37. Rosli Abdul Jabar
  38. Rosni Adam
  39. Sallehen Mukhyi
  40. Siti Zailah Mohd Yusof
  41. Takiyuddin Hassan
  42. Wan Rohimi Wan Daud
  43. Yahaya Ali