Belanjawan 2022 tak ada umph, mengecewakan - PSM
PSM kesal dengan Belanjawan 2022 dibentangkan Putrajaya semalam, menyifatkannya tiada unsur 'menarik dan baru'.
"Bajet ini agak mengecewakan kerana memandangkan bajet kali ini sepatutnya adalah kerjasama gandingan parti pemerintah dan pembangkang, maka kita harapkan yang terbaik - the best of both worlds.
"Tetapi seperti kabinet baru yang tidak apa apa-apa yang ummps, bajet kali ini pun tiada apa yang luar biasa. Ia mengikuti tren sebelumnya," kata Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan pada satu kenyataan terhadap Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Finance Minister Tengku Zafrul Aziz semalam.
Arutchelvan (gambar, bawah) menyenaraikan perkara yang mengecewakan PSM dalam Belanjawan 2022, antaranya kerajaan tidak menyentuh langsung mengenai gaji minima.
"Sektor kesihatan hanya mendapat sedidkit peningkatan dan kita sebenarnya memerlukan pembinaan hospital kerajan kedua di banyak negeri untuk menampung jumlah pesakit," katanya.
Arutchelvan merujuk cadangan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM32.4 bilion untuk Kementerian Kesihatan, iaitu peningkatan 1.47 peratus berbanding jumlah yang diperuntukkan tahun ini.
Tiada cukai keuntungan modal
Walaupun terdapat cukai baru yang akan dikenakan, namun katanya tiada rancangan untuk mengenakan cukai terhadap keuntungan modal.
"Bagaimana pula dengan mereka yang terlepas cukai seperti yang kita tengok dalam laporan Kertas Pandora.
"Maka ramai golongan terkaya melarikan diri dari bayar cukai dan ini tidak ditangani," katanya lagi.
Pun begitu Arutchelvan berkata PSM gembira dengan dua perkara - rancangan kerajaan untuk menyediakan tablet kepada setiap pelajar keluarga B40 (40 peratus bawah) di institusi pengajian tinggi dan kit kebersihan asas kepada 130,000 remaja wanita daripada kumpulan B40.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai