PM ucap takziah pemergian Masing
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing, awal pagi tadi.
Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata beliau yang mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, turut berharap agar keluarga mendiang diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini.
Beliau berkata pemergian mendiang satu kehilangan yang besar kepada negeri Sarawak dan negara.
“Mendiang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.
"Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.
Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching kira-kira pukul 7.05 pagi pada usia 72 tahun.
Sebelum ini, Masing yang juga Presiden PRS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas, kerana disahkan positif Covid-19 sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai