503 mangsa banjir di Kedah petang ini
Mangsa banjir di Kedah yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah meningkat kepada 503 orang daripada 153 keluarga setakat petang ini berbanding 446 orang daripada 139 keluarga pada sebelah pagi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata daerah Baling mencatat peningkatan 279 orang daripada 90 keluarga pada sebelah petang berbanding 234 orang daripada 80 keluarga pagi tadi.
"Mangsa banjir di daerah Pendang juga meningkat dengan jumlah di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah merah bertambah kepada 188 orang daripada 49 keluarga berbanding pagi tadi seramai 176 orang daripada 45 keluarga," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jumlah mangsa banjir di daerah Pokok Sena yang ditempatkan di PPS Surau Permatang dan Masjid Sungai Dunia masih kekal seperti pada sebelah pagi iaitu 36 orang daripada 14 keluarga.
Katanya tujuh PPS di Baling merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, Dewan Orang Ramai Banggol Derom, SK Titi Gantung, SK Tengku Putera, SK Pulai dan SK Keda.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai