Skip to main
Logo Malaysiakini

4,626 kes baru - Terendah dalam 4 bulan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,626 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,476,268.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 133 hari, sejak 21 Jun.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 9.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+38.7 peratus), Pahang (+19.8 peratus), Kedah (+19.3 peratus) dan Sabah (+18.0 peratus).

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 31) di mana 4,979 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,128)
Sarawak (616)
Sabah (447)
Kedah (371)
Kelantan (370)
Johor (363)
Terengganu (277)
Pahang (256)
Pulau Pinang (255)
Melaka (225)
Perak (224)

Kuala Lumpur (215)
Negeri Sembilan (175)
Putrajaya (33)
Perlis (16)
Labuan (8)

Terendah dalam tujuh hari atau lebih:

Sabah (Terendah dalam 11 hari - sejak 21 Oct)
Johor (Terendah dalam 114 hari - sejak 10 Jul)
Pulau Pinang (Terendah dalam 13 hari - sejak 19 Oct)
Kelantan (Terendah dalam 97 hari - sejak 27 Jul)
Perlis (Terendah dalam 12 hari - sejak 20 Oct)
Malaysia (Terendah dalam 133 hari - sejak 21 Jun)

Berdasarkan nilai R-naught (0.95 bagi seluruh negara), jumlah kes baru di seluruh negara secara amnya menurun sejak 14 hari lalu, kecuali di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kluster

Sehingga kini, 411 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 5 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kluster yang berterusan telah menurun sebanyak 22.2 peratus daripada 528 kluster aktif seminggu lalu.

Lima kluster baharu hari ini terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster institusi Kementerian Pendidikan.