Skip to main
Logo Malaysiakini

5,071 kes baru, kemasukan hospital di T'ganu, Kedah dan Sabah meningkat

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,071 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,481,339.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+34.2 peratus), Kedah (+18.8 peratus) dan Sabah (+13.1 peratus).

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan di Kuala Lumpur dan Putrajaya melebihi angka 1.00. Nilai itu bermaksud penyebaran Covid-19 di kedua-dua Wilayah Persekutuan itu meningkat, walaupun sedikit.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (1 Nov), 4,626 kes baru dilaporkan, seperti berikut:

Selangor (883)
Sarawak (478)
Kelantan (461)
Johor (408)
Sabah (393)
Kedah (326)
Pulau Pinang (318)
Pahang (288)
Terengganu (269)
Kuala Lumpur (204)
Perak (190)
Melaka (184)
Negeri Sembilan (144)
Perlis (46)
Putrajaya (34)
Labuan (0)