Skip to main
Logo Malaysiakini

Azalina jumpa YDP Melaka bincang RUU antilompat parti

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ketika Melaka menuju ke pilihan raya negeri yang diadakan selepas beberapa Adun tarik sokongan, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam semalam untuk membincangkan undang-undang baru bagi menangani isu wakil rakyat beralih sokongan.

Selain mewujudkan undang-undang antilompat parti di peringkat kebangsaan, dia berkata undang-undang itu juga perlu digubal di peringkat negeri.

"Adalah penting untuk memastikan calon-calon menghormati pengundi yang keluar mengundi, memartabatkan sistem demokrasi di Malaysia, serta mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara.

"Sehubungan itu, saya juga dengan rendah hati menyatakan hasrat untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Regulasi Lompat Parti dan Akauntabiliti Politik turut dilaksanakan diperingkat negeri Melaka dengan pertimbangan dan keizinan Tuan Yang Terutama.

"Saya juga telah turut menawarkan khidmat saya dan juga beberapa pasukan yang terlibat jika diperlukan untuk menggubal enakmen ini di peringkat negeri Melaka,” kata Azalina mengenai pertemuannya dengan Mohd Ali pada catatan Facebook semalam.

Azalina juga yakin rang undang-undang hibrid itu akan menjadi pemangkin kepada kestabilan politik di Melaka kerana menurutnya ia menyediakan mekanisme untuk menghalang wakil rakyat daripada berpaling tadah dan sebaliknya memberi suara kepada pengundi.

Pilihan raya Melaka telah ditetapkan pada 20 Nov, manakala 8 Nov adalah hari penamaan calon.

[Baca berita penuh]