Skip to main
Logo Malaysiakini

5,713 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,713 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,492,343.

Kes baru hari ini melibatkan 5,404 warga tempatan (94.6 peratus) dan 309 bukan warganegara (5.4 peratus).

Jumlah pesakit yang sembuh hari ini pula lebih tinggi berbanding kes baru, iaitu seramai 5,865 orang, seterusnya mengurangkan jumlah kes aktif.

  • Pesakit dalam ICU: 555
  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 280

Setakat hari ini, bulan pesakit Covid-19 (termasuk kes yang disyaki) dalam ICU berkurang sebanyak 1.6 peratus berbanding seminggu lalu.

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga berkurang 6.4 peratus berbanding tempoh yang sama.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 6.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+32.2 peratus), Negeri Sembilan (+18.3 peratus) dan Pahang (+10.9 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 3) di mana 5,291 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,167)
Sabah (675)
Kelantan (565)
Sarawak (540)
Johor (441)
Kedah (381)
Pahang (316)
Pulau Pinang (246)
Terengganu (209)
Kuala Lumpur (199)
Perak (190)
Negeri Sembilan (156)
Melaka (154)
Perlis (27)
Putrajaya (19)
Labuan (6)

 Kluster

Setakat hari ini, terdapat 367 kluster Covid-19 yang masih aktif, termasuk lima kluster yang dilaporkan hari ini.

Jumlah kluster aktif berkurang sebanyak 22.6 peratus berbanding seminggu lalu (474 kluster aktif).

Sebanyak empat kluster baru hari ini dalam kategori tempat kerja, manakala satu lagi dalam kategori komuniti.