Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19 (5 Nov): 64 kematian dilaporkan, Sarawak tertinggi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Repositori data Github Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 64 kematian semalam menjadikan jumlah kumulatif kopban di negara ini bertambah kepada 29,155.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 876 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 25 peratus atau 16 orang meninggal dunia sebelum mereka boleh mendapatkan rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 19, membentuk 29.7 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kematian lain ialah di Johor (8), Kelantan (7), Perak (6), Selangor (6), Pahang (4), Kedah (3), Sabah (3), Terengganu (3), Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (2) dan Negeri Sembilan (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 57 daripada 64 kematian yang dilaporkan (89.1 peratus) berlaku dalam tempoh tujuh hari lepas.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 76 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 55, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga semalam, terdapat 66,944 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 6.2 peratus daripada 71,358 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif menurun sebanyak 50.8 peratus daripada 135,946.

 Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 5,713 kes baru semalam, sebanyak 162 daripadanya boleh dikaitkan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 105 (64.8 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 19 (11.7 peratus) daripada penularan komuniti.

Sebanyak 18 lagi (11.1 peratus) adalah daripada kelompok yang dikaitkan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.

Baki kes dikesan kepada kluster berkaitan institusi pendidikan (18 - 11.1 peratus) dan pusat tahanan (2 - 1.2 peratus).