Skip to main
Logo Malaysiakini

Pembangkang kini ketuai empat dari sembilan PSC

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Satu lagi janji yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan telah dikotakan.

Janji itu merupakan perkara 3.3 dalam MOU berkenaan dan memperincikan tentang pembaharuan parlimen sebagai langkah memastikan perwakilan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) seimbang antara kerajaan dan pembangkang.

Dalam kenyataan hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun berkata selaras dengan MOU berkenaan, semua sembilan PCS telah dikenal pasti dengan lima wakil kerajaan dan empat pembangkang dipilih mengetuai jawatankuasa tersebut.

Sebelum ini, hanya satu PCS yang diketuai pembangkang.

Keahlian PCS juga dinaikkan daripada tujuh menjadi sembilan orang, selain turut dibahagikan dengan nisbah 5:4 antara kerajaan dan pembangkang.

Barisan pengerusi PCS yang baru adalah seperti berikut:

  • Kebebasan Asasi dan Hak-hak di bawah Perlembagaan - Azizah Mohd Dun (PN-Beaufort)
  • Kewangan dan Ekonomi - Hasan Arifin (BN-Rompin)
  • Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri - Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai)
  • Pembangunan Infrastruktur - Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis)
  • Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak, dan Pembangunan Sosial - Azalina Othman Said (BN-Pengerang)
  • Keselamatan - Johari Abdul (PH-Sungai Petani)
  • Pertanian dan Perdagangan Dalam Negeri - Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu)
  • Pendidikan - Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam)
  • Kesihatan, Sains dan Inovasi - Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching)

Untuk senarai penuh ahli PSC, sila rujuk senarai ini.

Menurut Hannah Yeoh (PH-Segambut) - yang menganggotai PSC Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak, dan Pembangunan Sosial - jawatankuasa itu ditugaskan memastikan kebertanggungjawaban badan eksekutif.

“Mereka boleh memanggil penjawat awam atau menteri, dan melihat pada dasar-dasar.

“Mereka kemudiannya akan mengumpulkan dapatan berkenaan untuk dibentangkan di Parlimen. Bagaimanapun, badan eksekutif tidak terikat dengan syor PSC,” katanya kepada Malaysiakini

[Baca berita asal]