Skip to main
Logo Malaysiakini

4,922 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,922 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,497,265.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.7 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+30.0 peratus), Negeri Sembilan (+14.6 peratus) dan Pahang (+11.5 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 4) di mana 5,713 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,344)
Sabah (655)
Sarawak (527)
Kelantan (484)
Johor (429)
Kedah (355)
Pulau Pinang (340)
Pahang (310)
Kuala Lumpur (275)
Melaka (250)
Terengganu (234)
Perak (210)
Negeri Sembilan (188)
Putrajaya (55)
Perlis (38)
Labuan (19)

Terdapat sedikit lonjakan di Putrajaya dan Labuan semalam di mana jangkitan baru masing-masing adalah yang tertinggi sejak 8 Okt dan 26 Julai.

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 3.2 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga telah menurun sebanyak enam peratus berbanding seminggu yang lalu.

Kluster

Sehingga kini, 355 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk tiga kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Kluster yang berterusan telah menurun sebanyak 22.8 peratus daripada 460 kluster aktif seminggu yang lalu.

Tiga kluster baru hari ini terdiri daripada satu kluster tempat kerja (33.3 peratus), satu kluster institusi pendidikan tinggi (33.3 peratus) dan satu kluster komuniti (33.3 peratus).