Skip to main
Logo Malaysiakini

SUPP sudah ada nama calon PRN Sarawak

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sudah mengenal pasti nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Setiausaha Agungnya Sebastian Ting hari ini.

Ting mengakui sudah ada perbincangan yang dijalankan SUPP untuk menamakan calon yang akan diberikan mandat parti bagi bertanding dalam PRN Sarawak yang dijangka bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

“Ya, sudah ada nama calon. Tetapi biar presiden parti (Sim Kui Hian) (yang akan umumkan),” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Beliau ditemui ketika menghadiri upacara Pecah Tanah Gereja Holy Spirit Bandar Permyjaya yang dirasmikan Menteri Pengangkutan Sarawak Lee Kim Shin merangkap Naib Presiden SUPP.

Pada 24 Okt lepas, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata gabungan itu akan bertanding di semua 82 kawasan PRN Sarawak.

GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada PRN Sarawak ke-11, SUPP bertanding sebanyak 13 kerusi dan memenangi tujuh kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, Batu Kawa, Batu Kitang, Simanggang, Repok, Meradong dan Piasau.

- Bernama