Skip to main
Logo Malaysiakini

54 kematian Covid-19, jumlah korban 29,256

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 54 orang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam (Nov7), menjadikan jumlah kematian terkumpul 29,256, menurut data Github Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah kematian semalam, 22.2 peratus (12 orang) meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 18 kes, menjadikan kadar kematian sebanyak 33.3 peratus di negeri itu.

Kematian bagi negeri-negeri lain seperti berikut: Sabah (7), Selangor (7), Pahang (5), Terengganu (4), Johor (3), Kedah (3), Kelantan (3), Perak (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1)

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Setakat semalam, terdapat 65,505 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 5.3 peratus daripada 69,153 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 49.2 peratus daripada 129,050.