Skip to main
Logo Malaysiakini

4,343 kes baru Covid-19, paling rendah sejak 16 Mei

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,343 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,506,309.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 175 hari, sejak 16 Mei.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 7.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Negeri Sembilan (+26.3 peratus) dan Terengganu (+16.0 peratus).

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 6) di mana 4,701 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,063)
  • Sabah (569)
  • Sarawak (499)
  • Johor (395)
  • Kelantan (379)
  • Kuala Lumpur (268)
  • Pahang (267)
  • Kedah (232)
  • Pulau Pinang (225)
  • Perak (201)
  • Terengganu (201)
  • Melaka (172)
  • Negeri Sembilan (149)
  • Putrajaya (41)
  • Perlis (30)
  • Labuan (10)

 

Jangkitan baharu hari ini terdiri daripada 4,126 rakyat Malaysia (95.0 peratus) dan 217 bukan warganegara (5.0 peratus).

Seramai 5,190 pesakit Covid-19 yang sembuh hari ini. Ini dijangka membantu mengurangkan bilangan kes aktif.

Pesakit di ICU: 554
Memerlukan bantuan pernafasan: 272

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 1.4 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga telah menurun sebanyak 16.6 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Kluster

Sehingga kini, 325 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk tujuh kluster baru dilaporkan hari ini.

Kluster yang berterusan telah menurun sebanyak 24.1 peratus daripada 428 kluster aktif seminggu lalu.

Tujuh kluster baru hari ini terdiri daripada tiga kluster komuniti (42.9 peratus), tiga kluster tempat kerja (42.9 peratus) dan satu kluster pendidikan tinggi (14.3 peratus).