Skip to main
Logo Malaysiakini

Nagaenthran positif Covid-19, penangguhan hukuman mati dilanjutkan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Mahkamah Rayuan Singapura telah melanjutkan penangguhan pelaksanaan hukuman mati terhadap Nagaenthran K Dharmalingam selepas warga Malaysia itu disahkan positif Covid-19.

Ketika dihubungi, peguam Nagaenthran di Malaysia N Surendran mengesahkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan ke atas anak guamnya esok.

"Semuanya telah ditangguhkan kerana dia positif Covid-19," katanya kepada Malaysiakini.

Surendran sebelum ini memaklumkan perkara itu di Twitter susulan pendengaran rayuan yang dijadualkan pada 2.30 petang hari ini.

"Penangguhan (hukuman) Nagaenthran oleh Mahkamah Tinggi semalam telah dilanjutkan oleh Mahkamah Rayuan petang ini.

"Atas sebab dia positif covid-19," katanya.

[Berita lanjut menyusul]