Skip to main
Logo Malaysiakini

78 kematian baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 78 kematian akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian 29,427.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 19 pesakit meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Kedah mencatatkan jumlah korban baru tertinggi seramai 19 orang, bersamaan 24.4 peratus kes kematian baru Covid-19.

Kes kematian selebihnya dilaporkan di Sarawak (13), Selangor (12), Kelantan (8), Sabah (8), Perak (7), Johor (5), Melaka (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Setakat semalam, terdapat 61,803 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 7.6 peratus daripada 66,891 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 47.0 peratus daripada 116,630 kes.