Skip to main
Logo Malaysiakini

6,243 kes baru, tertinggi dalam 2 minggu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kes positif baru Covid-19 melepasi 6,000 dengan sebanyak 6,243 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi berbanding 5,403 kes, semalam.

Pada Ahad, 7 November lalu,kes baru Covid-19 dicatakan adalah 4,343 kes - iaitu jumlah kes yang terendah - dalam 175 hari, sejak 16 Mei.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu hantaran di Facebook, berkata perkembangan terbaru hari ini menjadikan kes kumulatif sekarang berjumlah 2,522,498 kes sejak jangkitan itu dikesan pada akhir Januari tahun lalu.

Kes baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 13 hari, iaitu sejak 28 Oktober.

Sementara itu, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu juga telah menurun sebanyak 5.7 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (9 November) yang menyaksikan 5,403 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,080)
  • Kelantan (792)
  • Sabah (545)
  • Sarawak (416)
  • Kuala Lumpur (413)
  • Kedah (412)
  • Johor (385)
  • Pahang (258)
  • Terengganu (246)
  • Pulau Pinang (245)
  • Melaka (200)
  • Perak (161)
  • Negeri Sembilan (160)
  • Putrajaya (48)
  • Perlis (35)
  • Labuan (7)

Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan naik sedikit kepada 0.96. Selagi angka itu tidak melebihi 1.00, jangkitan Covid-19 dianggap menurun.

Di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, angka itu bagaimanapun sudah mencecah nilai 1.00.