Skip to main
Logo Malaysiakini

6,323 kes baru, tertinggi sejak 28 Oktober

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,323 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,528,821.

Jangkitan baru hari ini adalah yang tertinggi dalam 14 hari, sejak 28 Oktober lalu.

Semalam, kes positif baru Covid-19 melepasi 6,000 dengan sebanyak 6,243 kes dilaporkan. Pada Ahad, 7 November,kes baru yang dicatakan adalah 4,343 kes - iaitu jumlah kes yang terendah - dalam 175 hari, sejak 16 Mei.

Bacaan Rt-0 atau nilai kebolehjangkitan bagi kes baru Covid-19 mencatakan sedikit kenaikan. Selagi angka itu tidak melebihi 1.00, jangkitan Covid-19 dianggap menurun.

Bacaaan di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sudah pun mencecah nilai 1.00.

Namun, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi seminggu lalu telah menurun sebanyak 3.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun beberapa negeri mengalami peningkatan kemasukan hospital terutamanya di Melaka (+30.0 peratus) dan Negeri Sembilan (+10.9 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (10 November) yang menyaksikan 6,243 kes baru adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,597)
  • Kelantan (806)
  • Sabah (573)
  • Johor (485)
  • Sarawak (480)
  • Kedah (438)
  • Pahang (367)
  • Kuala Lumpur (323)
  • Pulau Pinang (318)
  • Terengganu (273)
  • Perak (200)
  • Negeri Sembilan (199)
  • Melaka (125)
  • Perlis (33)
  • Putrajaya (19)
  • Labuan (7)

 Kluster

Sehingga kini, 288 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk empat kluster baru.

Kluster yang berterusan telah menurun sebanyak 21.5 peratus daripada 367 seminggu yang lalu.

Empat kluster baru hari ini terdiri daripada tiga kluster tempat kerja (75.0 peratus) dan satu kluster institusi kementerian bukan pendidikan (25.0 peratus).