Sumber: Cadangan lantik Tajuddin, Nazri sebagai duta untuk 'balas budi'
Cadangan kerajaan untuk melantik Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz sebagai duta dilihat sebagai usaha "membalas budi" dua pemimpin politik itu.
Menurut sumber parti, Tajuddin dan Nazri Aziz adalah antara dua watak utama yang membantu dan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.
"Pelantikan dua pemimpin ini lebih kepada membalas budi mereka. Tajuddin dan Nazri antara dua individu yang memain peranan menangkat Ismail sebagai perdana menteri.
"Malah, dua pemimpin politik ini juga antara yang lantang mengkritik kepimpinan Umno pada satu masa," katanya kepada Malaysiakini.
Kelmarin Tajuddin yang juga bekas pengerusi Prasarana dilaporkan bakal dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dalam tempoh terdekat.
Sumber yang dekat dengan pemimpin tertinggi Umno itu mengesahkan mengenai pelantikan berkenaan dan berkata pengumuman rasmi akan dibuat oleh kerajaan.
Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak dijangka akan memulakan tugas sebagai duta besar awal tahun hadapan.
"Tunggu pengumuman rasmi," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Dalam pada itu dua orang lagi sumber turut memaklumkan perkara sama kepada Malaysiakini, iaitu pelantikan dua wakil rakyat berkenaan sebagai duta adalah untuk membalas budi.
"Rasanya ia bukan lagi rahsia, umum mengetahui bahawa dua pemimpin ini antara kuat mempertahankan pelantikan Ismail sebagai perdana menteri.
"Kita tidak salahkan perdana menteri, sebab siapa saja mungkin akan ambil langkah sama saya kira," kata sumber.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai