Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 5,809 kes baru, kemasukan ke hospital meningkat

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,809 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah kes terkumpul kini adalah sebanyak 2,541,147.

Jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara meningkat sebanyak 2.9 peratus dalam tujuh hari lalu berbanding tujuh hari sebelumnya.

Negeri yang menunjukkan peningkatan kes termasuk Kuala Lumpur (+85.0 peratus), Melaka (+41.2 peratus), Negeri Sembilan (+20.4 peratus), Perak (+16.4 peratus) dan Johor (+12.0 peratus).

"Sebanyak 527 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 277 lagi kes memerlukan bantuan pernafasan," kata Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebanyak 4,712 kes sembuh direkod menjadikan kumulatif kes sembuh kini 2,446,197.

Tiga kluster baru dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Tiga Danau Kota, di sini; Kluster Industri Dua Jalan Anggerik Mokara 472, Selangor dan Kluster Sawit Endau, Pahang yang semuanya merupakan kluster tempat kerja.

Selain itu, nilai kadar kebolehjangkitan atau R-Naught (Rt) negara juga meningkat kepada 1.04 berbanding 1.0 semalam.  

Sejak Okt 9 lalu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 12) di mana 6,517 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,752)
  • Sabah (611)
  • Kelantan (521)
  • Johor (517)
  • Kuala Lumpur (441)
  • Pahang (431)
  • Sarawak (418)
  • Kedah (352)
  • Negeri Sembilan (299)
  • Melaka (299)
  • Pulau Pinang (254)
  • Perak (243)
  • Terengganu (243)
  • Putrajaya (74)
  • Perlis (54)
  • Labuan (8)